Monday, April 30, 2018

AL FATEHAH

30 APRIL 2018 : Tuan Haji Radin Mohamed Azman bin Radin Yusoff, Guru Besar SK LKTP Jengka 15 telah kembali ke rahmatullah pada 29 April 2018, lebih kurang jam 10.40 malam di kediaman beliau di Taman Desa Jaya 2.


Seluruh ahli Pergerakan Pengakap Malaysia Jengka begitu tersentuh dengan pemergian beliau sebagai salah seorang yang berperanan menggerakkan PPM Jengka dan Maran dengan penuh semangat kepengakapan.

انا لله وانا اليه راجعون.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه.

Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al Fatihah 

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Pusara Damai, Tanah Perkuburan Islam, Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Saturday, April 28, 2018

SEADANYA

28 APRIL 2018, SABTU - Pengerusi JK Perkhemahan Jambori Pengakap Pahang 2018, Encik Itan Sa'adi walau kelihatan kerut-kerut kerisauan namun sebenarnya sentiasa tenang dan bertenaga sepanjang jambori ini berlangsung.




Ketua Pesuruhjaya PPM Jengka, Puan Hasenah pula riak wajahnya tanpa ada risau dan keluhan telah dapat menangani satu persatu isu-isu yang muncul.

Lain padang, lain belalang, lain orang, lain ragam, maka cara menanganinya pun pelbagai dan melibatkan pelbagai agensi termasuk Bomba dan Penyelamat, PDRM, APM, Hospital Jengka, UiTM, DUN Jengka, Parlimen Kuala Krau, Majlis Daerah Maran, Alam Flora, TNB, Jengka Green, PAIP, MUIP, PPD, JPNP, PKG, Kelana temasuk masyarakat setempat dan pelbagai pihak yang disedari apatah lagi yang tidak disedari akan sumbangan masing-masing yang sangat berharga.
Terima kasih JK Perkhemahan yang diterajui oleh PPM Jengka dalam menyediakan tapak perkhemahan dan infrastuktur yang melibatkan kos dan tenaga yang tidak terbayar.

PPM Jengka Buat Habis Baik.



Wednesday, April 25, 2018

SELAMAT DATANG , WELCOME

25 - 30 APRIL 2018 - Kem Tengku Mahkota mula dilimpahi kedatangan kontinjen dari seluruh negeri Pahang bagi menjayakan Jambori Pengakap Pahang 2018.


Seluruh Warga Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka mengalukan kedatangan semua dan selamat berjambori.

Laman ini akan menjadi link laman rasmi Jambori Pengakap Pahang 2018.

Thursday, February 22, 2018

MUAT TURUN BAHAN

ASSALAMMUALAIKUM,

Menerusi blog ini, kami menyediakan kemudahan untuk MUAT TURUN BAHAN / DOWNLOAD yang boleh didapati dengan KLIK link Pages MUAT TURUN/DOWNLOAD.

Laman ini akan terus dikemaskini dengan bahan-bahan terkini dan sangat berharap dapat membantu pemimpin pengakap dalam mengurus dan mengendali pengakap masing-masing.

Tuesday, February 13, 2018

AL FATEHAH

Seluruh warga Pengakap Jengka terasa kehilangan beliau.

Saudara Afzal dalam kenangan yang sentiasa komited dalam berpengakap.

Al-Fatehah.

Sunday, September 6, 2015

JAMBORI 105 TAHUN PENGAKAP PAHANG

PPM Jengka telah ditugaskan sebagai Urusetia Malam INDABA yang berlangsung dalam Jambori Pahang Sempena Ulang Tahun ke-105 dari 7 hingga 12 Ogos yang lalu.

Kontinjen Jengka seramai 40 orang telah turut menyertai dan menjayakan jambori tersebut.





Tahniah turut disampaikan kepada Puan Pesuruhjaya Daerah PPM Jengka kerana menerima anugerah manik kayu oleh Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia dalam Majlis Malam Indaba berkenaan.

Friday, April 17, 2015

PERGINYA CIKGU A. KARIM BIN MANAF

16 APRIL 2015 - Dalam perjalanan ke Mesyuarat Pesuruhjaya Pengakap Pahang, satu kemalangan telah berlaku di Lebuhraya Pantai Timur melibatkan Cikgu A. Karim sekeluarga yang telah mengakibatkan perginya Cikgu A. Karim bin Manaf mengadap Ilahi.

Berita ini telah disampaikan kepada ahli mesyuarat berkenaan, sehubungan itu, Pesuruhjaya Pengakap Pahang, Dato' Lias yang masih memakai uniform lengkap pengakap telah ke Jengka 1 bersama-sama menanti ketibaan jenazah dan menunaikan solat jenazah sekitar jam 11.20 malam. Turut serta Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jengka Puan Hasenah dan ahli Majlis Pengakap Jengka Encik Jalaludin.

Persekutuan Pengakap Jengka mendoakan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh. Al-Fatehah.